Thursday 7 July 2011

PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN#archive



SINOPSIS PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Komputer banyak kelebihannya. Ia membantu pengajar dalam P&P dan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Jika digunakan secara sistematik, komputer mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, kbomputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat.
Selain itu, revolusi internet bukan sahaja mencari maklumat secara global, malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi. Sebagai contohnya, melalui penggunaan e-mel, guru dengan pelajar boleh menyertai kumpulan perbincangan untuk bersoaljawab, bincang soalan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan.
Di dalam internet juga terdapat banyak maklumat dan pelbagai bahan untuk guru dan pelajar. Maklumat tersebut tersedia di dalam Web dalam bentuk pangkalan data, dokumen, maklumat kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer. Kebanyakannya adalah terkini, tersedia dengan percuma dan dapat dicapai dengan cepat.
Guru dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet. Proses penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan murah berbanding dengan saluran tradisional. Hasil kerja pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet supaya seluruh dunia dapat membacanya atau membuat penilaian terhadap pengajaran yang dibangunkan.
Di samping itu, internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. Contohnya E-Learning.Pembelajaran ini membolehkan pelajar di mana sahaja berada menguruskan sendiri masanya untuk belajar secara lebih efektif.
Penggunaan internet ada juga masalahnya. Antaranya adalah kepakaran guru yang terhad, kekurangan khidmat sokongan, masalah isi kandungan dalam internet di mana maklumat yang tidak ditapis dan mendatangkan bahaya kepada pelajar, masalah maklumat yang tidak tepat, masalah mencari maklumat disebabkan gambaran di hadapan guru bercampur aduk serta maklumatnya bercelaru, masalah hakcipta,  dan banyak lagi kekangannya.
       Namun begitu, kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan internet dalam P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal, memudahkan kolaboratif dan perbandingan global, dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah. Walaupun terdapat masalah yang timbul, ia bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan telah membuat pelbagai perancangan dan pelaksanaan dalam memartabatkan ICT di Malaysia.  Ini dilakukan supaya sistem pendidikan berkembang dengan pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara supaya sistem pendidikan kita tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

9 comments:

  1. Penggunaan teknologi sudah menjadi sebahagian daripada proses P&P masa kini. Sebagai guru, kita perlu sentiasa updatekan diri kita dengan pengetahuan terkini tentang ICT.

    ReplyDelete
  2. ICT penting masa kini, KPM melihat ICT sbg satu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkembangkan pedagogi dan meningkatkan penguasaan pelajar.Justeru itu semua warga pendidik perlu mengaplikasikan ICT dalam p&p.

    ReplyDelete
  3. Memang betul penggunaan ICT penting, tetapi masih ada lg sekolah yang tidak boleh mengakses Internet. Walaubagaimanapun pengajaran tetap boleh dilaksanakan.

    ReplyDelete
  4. Tidak dapat dinafikan penggunaan ICT mampu meningkatkan keberkesanan p&p.ICT boleh menarik perhatian pelajar dengan apa yang dipaparkan. P&P akan menjadi lebih bermakna dan berkesan.

    ReplyDelete
  5. kita harus bergerak seiring dengan tranformasi pendidikan semuanya ICT all in our fingertip so guru-guru tunggu apa lagi update upgrate lah diri kita, guru menjadi penggerak ict kepada anak didik kita tak gitu my beloved kak zura.......

    ReplyDelete
  6. salam..artikel yang amat berguna....boleh diaplikakasi dalam p&p...

    ReplyDelete
  7. artikel yg bersesuaian dgn dunia ICT hari ini...walaubagaimanapun pengajaran haruslah bersesuaian dgn kebolehan murid....drpd http://rossmaisma72.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Artikel yang menarik dan boleh dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
  9. Pilihan artikel yang bersesuai dan lagu yang dipilih menghiburkan.Ya,bagi memenuhi keperluan dunia hari ini dan tuntutan perkembangan semasa kita tidak boleh lari dengan perubahan dalam pendidikan.

    ReplyDelete