Thursday, 9 June 2011
Wednesday, 8 June 2011
Tuesday, 7 June 2011
Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak
http://journalarticle.ukm.my/143/1/a.pdf
SINOPSIS SIKAP GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DI BINTULU, SARAWAK.
Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam konteks ini, globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan konsep perubahan tingkah laku. Justeru, ICT telah memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti di Malaysia.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah positif. Namun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran berdasarkan jenis aliran di sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT.
Pengalaman mengikuti kursus didapati mengubah sikap guru-guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan ICT dan ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, peluang mengikuti kursus agak terbatas menyebabkan mereka merasakan tertinggal dari aspek pengaplikasian ICT. Guru-guru juga didapati bersikap kurang pasti terhadap penggunaan ICT untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru-guru Bahasa Melayu yang tidak menghadiri kursus ICT mempunyai sikap yang negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Kewujudan sikap negatif guru juga disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional.
Justeru, guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus ICT harus didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT melalui kursus-kursus ICT yang ditawarkan. Ini sejajar dengan pendapat Ahamd Fuad (2003) bahawa hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses P&P memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P dan kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunaklan ICT secara cekap dan efektif.
Kesimpulannya, walaupun hasil kajian menunjukkan guru di bahagian Bintulu, Sarawak mempunyai sikap yang positif, tetapi masih ada yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana dalam penggunaan ICT. Sikap yang sedemikian agak membimbangkan keranan bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudah diperolehi daripada sumber yang berteraskan ICT. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berwajib harus berganding bahu untuk menangani masalah tersebut kerana sekiranya sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya tidak diambil, maka berkemungkinan guru-guru kita akan terus dihanyut dan ditinggalkan oleh ilmu ICT, khususnya aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam P&P. Sebagai langkah bijak, kumpulan guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang ICT harus dipantau dan dikenal pasti dengan kadar segera supaya dapat diberi kursus atau latihan ICT. Kedudukan sekolah dipedalaman daerah Bintulu yang terletak di Sarawak seharusnya diberikan perhatian serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam masa yang sama, guru-guru Bahasa Melayu harus mengambil inisiatif sendiri untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT supaya dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran.
WARKAH UNTUK MU PENDIDIK
nukilan: Subiyana Abd Wahab
Pendidik yang baik ialah pendidik yang beriman
Yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang ketinggian ilmunya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah jemu dan bosan dalam menimba dan mencurah ilmu
Pendidik yang baik ialah yang lunak dalam tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kepada manusia lainnya
Yang mempunyai ramai kawan di serata alam
Pendidik yang baik ialah yang menghormati anak didiknya
Yang sentiasa berbakti kepada masyarakat sekelilingnya
Yang menjaga keharmonian anak bangsanya
Yang mendidik anak bangsa mendalami ilmu pengetahuan
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Pendidik yang baik sentiasa bersedia untuk mencurahkan ilmunya
Yang hidupnya sentiasa mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang anak didiknya ibarat jiwa dan raganya
Yang sentiasa bersujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Pendidik yang baik tidak tahu membazirkan masa
Kehidupannya dikelilingi lautan ilmu
Biarpun sudah di usia senja
Digagahi juga demi anak bangsa
Untukmu pendidik yang baik
Untukmu pendidik yang beriman
Doaku moga keikhlasanmu mencurahkan ilmu
InsyaAllah akan dituai hasilnya di akhirat sana…..
Pemenang Pertama
Peraduan Menulis Puisi Edux2000
Subscribe to:
Posts (Atom)